TOPIK UNDANG-UNDANG AGENSI
Tutorial 01
- Berikan takrif agensi dan pihak-pihak yang terlibat dalam kontrak agensi.
- Bincangkan mengenai kewujudan atau perlantikan seseorang agen dengan merujuk kepada seksyen dan kes berkaitan.
- Pada 10 Jun, Azmi dan Azma(seorang remaja) mendaftar sebagai rakan kongsi atas nama AzazTrading. Pada 10 Oktober sedang mereka makan tengahari bersama, mereka terjumpa dengan seorang pembekal barangan syarikat iaitu Encik Leong. Azmi memperkenalkan Azma sebagai salah seorang rakan kongsinya dan juga agen bagi syarikat miliknya. 3 bulan kemudian Azma telah membuat kontrak dengan bagi Syarikat Azaz Trading. Apabila barangan itu sampai Azmi enggan bertanggungan jaqwab dan menyatakan Azma tidak pernah dilantik secara nyata sebagai agennya. Nasihatkan Azmi.
- Yoyo, seorang pemandu lori telah diarahkan oleh Yaya, majikanya supaya menghantar 5 tan sayur-sayuran dari Kampung Cempaka, Kota Bharu ke Kuantan Pahang. Walaubagaimanapun semasa dalam perjalanan, lori tertsebut telah mengalami kemalangan di Jerteh dan tidak dapat meneruskan perjalanan.Yoyo cuba menghubungi Yaya melalui telefon tetapi tidak berhasil. Setelah berfikir panjang, Yoya telah membuat keputusan untuk melelong sayur-sayuran tersebut kerana kuatir Yoyo akan mengalami kerugian yang lebih besar jika tindakan pantas tidak dilakukan.Yoyo meminta nasihat anda setelah mendapat tahu Yaya ingin menuntut kerugian kerana Yoyo telah bertindak tanpa arahan. Nasihatkan Yoyo.
Tutorial 02
Soalan 1
Khaer telah melantik Adam sebagai agen untuk membeli 100 guni gula pada harga tertentu dan akan diberikan komisyen sebanyak RM250.00 . Adam telah memperkenalkan dirinya sebagai agen kepada Khaer untuk mendapatkan bekalan gula daripada Pembekal iaitu Puan Nurul, rakan baik Khaer. Adam. setelah menerima bekalan gula tersebut telah menggunakannya untuk perniagaannya sendiri dan telah mendapat keuntungan sebanyak RM500.00. Sebulan kemudian barulah 100 guni gula lain dibeli dan diserahkan kepada Khaer. Adam kemudiannya menerima komisyen daripada Khaer. Hal sebenarnya telah diketahui oleh Khaer.
Berdasarkan fakta di atas:
i. Nyatakan kesilapan agen semasa menjalankan tanggungjawabnya.
ii. Jelaskan remedi-remedi/pemulihan yang boleh dituntut oleh pihak principal sekirannya ada.
Soalan 2
Farah mengarahkan Linda untuk menjualkan tanahnya yang terletak di Mukim Tapang bernilai RM 75 ribu. Komisyen akan diberikan sebanyak RM 5 ribu setelah ianya berjaya dijual. Linda kemudiannya telah menerima deposit sebanyak RM10 ribu daripada pembeli di atas penjualan harta berkenaan. Beliau menyerahkan RM 5 ribu kepada Farah dan menyimpan RM 5 ribu lagi sebagai pembayaran komisyennya. Farah kemudiannya mendapat tahu bahawa Linda juga ada menerima RM 1 ribu sebagai komisyen daripada pembeli tanah tersebut iaitu Jonny.
Sebagai seorang yang arif dalam bidang undang-undang, nasihatkan Farah.
Soalan 3
Jelaskan secara ringkas

- kuasa-kuasa agen
- agen kecil dan agen ganti
- penamatan kuasa agen
SOALAN 3B
Damia telah mengarahkan Danial untuk membeli 200 pasang kain berharga RM 90.00 sepasang. Tanpa pengetahuan Damia.,Danial telah membeli kain tersebut pada harga RM 120.00 daripada Riaz Butik Berhad yang merupakan kawan baiknya dengan alasan ianya mempunyai kualiti yang lebih baik dari yang berharga RM 90. 00.
Kontrak dibuat atas nama Danial walaupun ianya diniatkan untuk Damia. Tujuan Danial berbuat demikian bagi membolehkan kain batik itu dapat dibeli dengan harga yang lebih murah dari sepatutnya memandangkan Riaz Butik Berhad sudi menawarkan harga yang rendah sekiranya kontrak tersebut dibuat oleh Danial.
Setelah Danial menceritakan fakta kontrak tersebut kepada Damia, Damia enggan menerima kontrak tersebut. Nasihatkaan Damia.